🚀 GeniusGen MathVenture — Bantu Anak Kuasai Matematik KSSR Sambil Bermain
Bosan lihat anak mengeluh setiap kali buka buku latihan matematik? MathVenture ubah cara anak belajar — dari “kena buat” kepada “nak main lagi”.
Dibina khas ikut sukatan KSSR Matematik Tahun 1 hingga 6, MathVenture menggabungkan 10 permainan interaktif yang setiap satu direka ikut topik dan tahap kesukaran sebenar dalam DSKP — bukan sekadar kuiz generik.
Apa yang buat MathVenture berbeza:
✅ Soalan tak pernah sama — sistem janaan automatik hasilkan beribu-ribu variasi soalan setiap kali main, anak sentiasa dicabar dengan soalan baharu, bukan hafal jawapan lama
✅ Ruang Kerja Bentuk Lazim — anak kira terus dalam ruang kerja digital ikut cara sekolah ajar (lajur nilai tempat, simpan/pinjam), tulis guna jari/stylus atau taip — tak perlu kertas lagi
✅ Hint Cikgu — bila anak buntu, dapat petunjuk membimbing (bukan terus bagi jawapan), bina kemahiran berfikir sendiri
✅ Suara panduan dwibahasa — arahan dan galakan dalam Bahasa Melayu atau English, anak pilih sendiri
✅ 10 Permainan Merentasi Semua Topik — Tambah, Tolak, Darab, Bahagi, Pecahan, Peratus, Sifir, KBAT, dan lagi — setiap satu bertema tersendiri yang seronok
✅ Notifikasi Progress Automatik — setiap kali anak habis satu sesi latihan, ibu bapa terus dapat email makluman markah dan progress secara automatik. Nak kongsi terus? Ada juga pilihan hantar ke WhatsApp atau salin mesej.
✅ Dashboard Ibu Bapa — pantau progress anak, tahu topik mana perlu perhatian, tanpa perlu duduk sebelah setiap masa
✅ Akses Seumur Hidup — bayar sekali, guna selamanya, untuk semua anak dalam satu akaun
Kenapa ibu bapa pilih MathVenture:
Matematik bukan subjek untuk dihafal — ia kemahiran untuk dikuasai melalui latihan berulang yang menyeronokkan. MathVenture buat anak sendiri yang minta nak main lagi, sambil diam-diam menguasai kemahiran yang sepatutnya diajar cikgu di sekolah — dan ibu bapa terus tahu progress tanpa perlu tanya.
🎯 Sesuai untuk: Murid Tahun 1-6, ibu bapa yang nak bantu anak revision di rumah, atau guru yang cari alat bantu mengajar interaktif
💳 Bayaran sekali sahaja — akses untuk setahun.

Reviews
There are no reviews yet.